Kehidupan itu Pilihan

November 23, 2020




Sungguh Allah ciptakan manusia itu pelbagai ragam, rupa dan warna juga bangsa dan agama..
Rambut sama hitam, tapi hatinya lain rasa dan deria...
Sungguh Allah datangkan kehidupan ini pelbagai warna, ada ceria, ada kusamnya, ada bahagia...

Namun, yang mencorakkan kehidupan adalah manusia itu sendiri.
Pilihan perlu di buat... Pilihan perlu di pilih, Pilihan menjadi keputusan...
Itu harus difikirkan.

Sungguh, manusia punyai akal fikiran, terkadang ianya tersasar membuta keputusan yang menyakitkan.
Mungkin tidak menyakitkan diri tapi memberi kesan pada yang lain.
Itulah dinamakan KEHIDUPAN....
Tidak semuanya indah, TIDAK pula semuanya hancur.
Cuma, terkadang perlu berkorban...

Apabila keputusan dibuat dengan emosi, maka datanglah keputusan yang dipilih tidak relevan, tanpa berdiskusi, itulah namanya pilihan.

Bagaimana sekiranya, pilihan itu betul dan membenarkan? Pasti ianya mengembirakan, tiada siapa terluka, tiada siapa menangis, tiada siapa derita.

Manusia, kadangnya terleka. Dik tawaran yang di dendangkan, " haa.... kau tinggalkan apa yang ada sekarang, kau hanya menguntungkan dia..'' bisikan syaitan di telinganya. Maka, jika keputusan pilihan yang dibuat itu salah, kekecewaan akan berlaku.

Manusia dan minda positif perlu seiring dan berkaitan. Ini kerana, bersangka baik dan fikir yang baik-baik juga pilihan. Memandang kehidupan ini satu yang BAIK juga pilihan. Jadilah manusia yang bijak memilih.

You Might Also Like

0 comments