5 cara untuk berfikiran positif

October 22, 2018

Salam sobah
Salam positif indah

Okay hari ini tertarik nk kongsikan 5 cara untuk berfikiran positif ketika di landa masalah



Jom baca sama2...
Feel free to share this post

1. Apabila masalah datang, ingat ini semua dari Allah

Anda perlu tahu bahawa segala yang terjadi dalam hidup anda disebabkan qadha dan qadar Allah SWT. Qadha dan qadar di sini bermaksud segala yang terjadi dalam hidup kita sudah diaturkan oleh Allah SWT dan terdapat hikmahnya.

Jadi anda perlu sentiasa meminta pertolongan pada Allah agar diberikan petunjuk untuk masalah yang anda hadapi.

Anda solatlah dengan khusyuk, amalkan amalan sunat yang lain seperti zikir dan membaca al Quran. Kalau boleh menangis, menangis lah dalam solat atau semasa berdoa. Saya pasti anda akan berasa lega.

Berita baiknya, anda tidak perlu takut atau resah memikirkan masalah yang dihadapi. Kerana Allah sudah bagi tahu dalam Al Quran surah Al Baqarah, ayat 286:

“Allah tidak akan membebani suatu ujian melainkan apa yang terdaya olehnya”

Percayalah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, setiap kesusahan pasti ada peluang disebaliknya. Setelah anda berusaha selesaikan masalah tersebut, selebihnya biar Allah yang urus. Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap Hamba-Nya. Anda hanya perlu sabar, yakin dan jalani kehidupan anda macam biasa. Okay?

2. Apabila masalah datang, jangan mengadu pada manusia

Apa yang saya dapat lihat, ramai kawan saya yang menghadapi masalah, dia mencari kawan dulu untuk mengadu. Dia tidak meletakkan Allah untuk pilihan tempat dia untuk mengadu domba.

Anda perlu tahu bahawa Yang beri masalah itu Allah dan yang dapat memberi jalan keluar juga itu Allah. Allah bagi masalah atau ujian bukan sebab dia benci, tetapi sebab sayanglah Allah beri kita ujian. Jangan salah faham ya. Anda perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah. Berdoalah supaya diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.

Habis tu tidak boleh mengadu pada sesiapa la ni ?

Tidak la sampai macam tu sekali. Selepas anda luahkan pada yang Esa, anda mengadulah pada manusia. Tetapi anda harus ingat! Tidak semua manusia anda boleh mengadu masalah. Anda mengadulah pada insan-insan yang ‘rapat dan baik’ dalam hidup anda seperti keluarga anda.

Sebab yang rapat itu boleh dipercayai, yang baik itu boleh bimbing anda nanti. Sekiranya, dia tidak mempunyai dua ciri tadi, saya nasihatkan jangan cerita masalah anda kepada sesiapa.

3. Apabila masalah datang, cuba tanya diri soalan yang betul dan positif

Saya faham bila anda dilanda masalah, fikiran tidak menentu, jiwa resah, hati gelisah, otak badan stress dan menyalahkan itu dan ini serta macam-macam lagi. ( kalah perempuan period).

Kajian menyatakan kelebihan otak manusia adalah ia akan berusaha untuk mencari jawapan apa pun walau sesusah mana pertanyaan tersebut. Faham ke? Maksud mudahnya otak kita akan memberi respon dalam setiap pertanyaan kita. Daripada anda bertanyakan soalan “mengapa” pada diri anda, lebih baik anda tanya soalan “bagaimana”. Saya beri contohnya di bawah

Jangan tanya soalan seperti ini “mengapa aku gagal dalam subjek bahasa Inggeris” sebaliknya gantikan dengan “bagaimana aku boleh mendapat A dalam subjek bahasa Inggeris? ”

Jangan tanya “mengapa berat badan aku naik, nanti gemuk tak cantik? ” sebaliknya gantikan dengan “bagaimana aku boleh turunkan berat badan aku supaya jadi lebih kurus dan cantik ? ” kan lebih sedap bunyi dia.

Elakkan bertanya soalan seperti ini “mengapa crush aku tidak pandang dekat aku ? ” sebaliknya tukarkan dengan soalan ini “bagaimana aku boleh buat crush aku pandang dekat aku? ” kan best. Hehe

Jadi, anda sudah jelaskan, jangan lupa praktikkan ya!

4. Buangkan segala jenis penyakit-penyakit hati hati.

Kadang-kadang sebab utama manusia sukar untuk berfikiran positif adalah disebabkan penyakit yang tidak kelihatan mata kasar kita. Ia tinggal di dalam hati. Sebab itu ia dinamakan penyakit hati.

Apa itu penyakit hati ? Penyakit hati adalah seperti sombong, ujub, riak, takkabur, dendam, dengki, dusta dan lain lain. Penyakit ini bermula apabila anda amalkannya dalam kehidupan harian anda.

“Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit.”
Sedar tak sedar, ia sudah bersarang di hati anda. Sukar untuk menerima nasihat, sukar untuk berbuat baik apatah lagi untuk berfikiran positif.

Jadi, apa yang perlu anda buat?

Anda perlu bersihkan hati anda hari-hari. Sebab, hati yang bersih itu akan melahirkan minda yang bersih. Minda yang bersih akan memudahkan kita untuk berfikiran positif.

Percayalah, selepas hati anda bebas dari penyakit, anda lebih mudah bersangka baik dengan orang, anda tidak mudah merungut, anda tidak lagi dengki dengan orang lain. Hidup anda semakin bahagia. Best kann. Jangan lupa bersihkan hati ya!

Okay ni tips yang terakhir daripada saya.

5. Latih diri supaya suka memberi kepada orang lain

Okay, sebelum saya lanjutkan lebih lagi. Adakah selama ini anda lebih banyak memberi atau banyak menerima? Jika jawapan anda memberi, tahniah! Kerana anda seorang yang kaya. Sebab orang yang kaya selalu memberi betul tak? Hehe.

Jika jawapan anda sebaliknya, tidak mengapa. Selepas ini, anda banyakkan memberi, okay?

Ramai orang ingat apabila kita memberi ini, kita sedekah kepada orang miskin, belanja kawan, beli hadiah dan sebagainya. Hakikatnya semua itu, memakan duit betul tak? Saya faham kadang bukan anda ingin bersikap kedekut, tetapi anda masih prihatin dengan diri sendiri. Kalau anda susah nanti siapa yang nak tolong kecuali diri sendiri. Kan?

Tetapi sekurang-kurangnya, hulurkan lah duit sikit untuk insan yang memerlukan ataupun yang selalu tolong kita.

“Jangan jual ikan sangat. Sebab memang tak laku tiada orang mau beli.”

Latih diri untuk memberi bukan bermaksud dari segi keluarkan duit sahaja. Bahkan, anda boleh berucap dengan kata-kata yang baik, melakukan perbuatan yang baik dan menulis perkara yang baik serta banyak lagi. Walaupun di sini anda tidak memberi wang kepada orang lain, tetapi anda sudah memberi kebaikan kepada orang lain. Nampak tak?

Perkara yang paling mudah sekali adalah dengan senyum. Cukuplah anda senyum kepada orang lain dan orang lain rasa selesa dan seronok berkawan dengan anda. Saya pasti anda mesti pernah baca atau dengar kenyataan

 “What you give, you get back”.

Lebih banyak anda beri, lebih banyak anda akan terima. Banyak beri positif, dapat banyak positif. Jadi, selepas ini cuba anda latih diri anda supaya suka memberi positif kepada orang lain. In Shaa Allah, hidup anda, hari-hari anda akan sentiasa penuh dengan positif.

Okay sekian ini sahaja berkongsian hari ini yang saya petik dari https://www.google.com.my/amp/s/jomfikirpositif.wordpress.com/2017/05/04/5-tips-bagaimana-cara-agar-anda-dapat-berfikiran-positif/amp/

Akhir kalam.. bersabar dan kuatlah dengan segala apa yang datang ❤️

Salam sayang

-ainisha ali,2018-
https://t.me/ainisha_ali_sharing

You Might Also Like

0 comments